Remaja mati dicekik teman lelaki
Hari ni kita baca berita remaja lelaki berumur 19 tahun cekik bekas teman wanita sampai mati di Port Dickson. Hari yang sama juga di Terengganu, seorang remaja ditangkap sebab mengugut untuk membunuh kekasihnya..
Huh.. sayang sekali, mereka masih muda belia, dah jadi mangsa iblis. Wal iya zubillah. Mohon Allah pelihara kita semua daripada tipudaya syaitan.
Sebenarnya syaitan hanya boleh menyesatkan kita sekiranya kita nak ikut dia. Jika dari awal kita tak nak ikut, dia tak boleh buat apa-apa kepada kita..
Oleh itu kecil ke besar ke sesuatu dosa itu, kita jangan ada niat nak buat. Sebab jika kita buat itu maksudnya kita mula engkar kepada Allah dan tidak kisah jika Allah murka. Jangan sesekali mulakan langkah kita kepada jalan syaitan.
Saya nak kongsi cerita seorang anggota polis di Turki. Pangkatnya besar. Dia seorang yang baik dan amanah. Satu hari dia terlibat untuk menangkap seorang penari yang membunuh orang. Oleh kerana dia kasihankan penari tersebut dan jatuh hati kepadanya, dia telah menipu bukti kes tersebut dan menyelamatkan penari tersebut yang kemudiannya dinikahi sebagai isteri kedua secara senyap-senyap.
Wangnya mula tidak mencukupi untuk menyara keluarga baru. Tambahan pula penari tersebut mahu sentiasa kelihatan cantik dan bergaya dan meminta duit yang banyak daripada polis tadi untuk menyara kehidupannya yang bergaya dan mewah. Bukan itu sahaja, gaya kehidupan penari tersebut tidak sihat dan bergaul dengan orang-orang liar. Polis tersebut mula mengambil kerja-kerja tambahan. Termasuk lah mula mengambil rasuah.
Satu hari disebabkan tertarik dengan upah yang besar, dia membunuh seorang ahli perniagaan yang membuat perniagaan haram. Disebabkan dia juga seorang polis, dia mampu menutup bukti kes seperti yg dilakukan kepada penari yang menjadi isterinya itu.
Namun pembunuhan yang dilakukannya itu dilihat oleh iparnya. Kerana takut rahsianya terbongkar, dia terpaksa membunuh iparnya.
Selepas itu dia terpaksa membunuh kawan-kawan polisnya juga yang terlibat dalam siasatan kes tersebut kerana mereka mula menjumpai bukti-buktinya.
Dipendekkan cerita, dia terpaksa membunuh ramai orang kerana khuatir rahsianya terbongkar. Akhirnya mafia yang mengupahnya untuk membunuh juga turut menggunakan kelemahan itu untuk menggugutnya untuk menjadi talibarut mafia di dalam balai polis. Dia bersekongkol dengan mafia dan terus membantu mafia menutup bahan bukti yang ada di dalam siasatan polis. Kejahatannya berganda-ganda.
Walaupun di sudut hati kecilnya dia rasa bersalah, tetapi dia terus melakukan kesalahan demi menutup kesalahan lalu dan khuatir kejahatannya diketahui ramai. Dia tak dapat diselamatkan lagi…
Jika dia ada sedikit keimanan dan sesal, dia mungkin akan ditangkap dan dihukum sewajarnya dan mudah-mudahan dia bertaubat. Jika dia tidak ada keimanan dan tidak sesal, maka Allah akan membiarkan kejahatannya berterusan sehinggalah dia mati dalam lautan kejahatan dan kufur.
Begitu lah syaitan merosakkan anak Adam. Oleh itu jauhi lah langkah-langkah syaitan. Jangan mula walaupun selangkah!
P/S Gambar hiasan sahaja.. Dan orang Turki tadi pun hanyalah diambil daripada cerita Turki.. ha ha ha, tetapi peristiwa tersebut memang benar-benar berlaku kepada manusia..
Mohon Ampun kepada Allah dan semoga Allah sentiasa memelihara kita dan memberikan pengampunan kepada kita.