Mengapa Pelajar Cina Bagus di Sekolah?
Umum mengetahui bahawa kebanyakkan pelajar berketurunan cina, tidak kira kaya atau miskin, adalah bagus di sekolah. Ianya seolah-olah satu fenomena. Jessie Tang , 18 seorang pelajar A-Level di Watford School, England berpendapat bahawa, kebanyakan ibu bapa cina cenderung untuk menolak anak-anak agar melakukan lebih dan mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi.
Dalam laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, berkenaan dengan pencapaian pelajar berketurunan cina di Britain, statistik menunjukkan bahawa anak-anak muda cina British bukan sahaja telah dikenali sejak lama sebagai kumpulan etnik yang berprestasi tinggi di England pada GCSE, malah mereka ini seolah-olah satu-satunya etnik yang berjaya dalam mencapai matlamat dasar pendidikan di mana-mana pun. Tambahan pula statistik juga menunjukkan bahawa hampir tiada berbezaan prestasi di antara mereka yang datang daripada keluarga miskin ataupun kaya.
Satu lagi bukti kejayaan pelajar cina adalah melalui ujian PISA, salah satu ujian antarabangsa yang terkenal. Dalam ujian tersebut pelajar berumur 15 tahun dari Shanghai, China, dengan mudah mengatasi pelajar-pelajar dari semua bangsa.
Statistik juga menunjukkan pelajar etnik cina miskin yang layak mendapat makanan percuma di sekolah telah mempunyai prestasi lebih baik berbanding semua pelajar kaya atau miskin dari etnik lain. Dan kedua-dua kumpulan pelajar cina miskin atau kaya menunjukkan prestasi baik. Contohnya 71% daripada pelajar-pelajar cina yang layak mendapat makanan percuma dan 72% daripada pelajar-pelajar cina yang tidak layak mendapat makanan percuma mencapai gred yang tinggi di dalam GCSE. Berbanding etnik lain menunjukkan perbezaan prestasi sekitar 10% di antara pelajar yang layak mendapat makan percuma dan pelajar yang tidak layak. Malah bagi golongan pelajar berkulit putih, jurang perbezaan prestasi di antara dua kumpulan itu ialah 32%.
Gambaran adalah sama di sekolah rendah. Sangat mengagumkan pelajar cina yang layak untuk mendapat makanan percuma dengan mudah mengatasi pelajar-pelajar etnik lain dan kulit putih.
Kajian dijalankan terhadap 80 pelajar cina, 30 ibubapa cina dan 30 orang guru.
Becky Francis salah seorang penyelidik yang juga merupakan seorang Profesor Pelawat di King’s College London dan juga sebagai Pengarah Pendidikan di Royal Society of Arts berkata, “Perkara pertama penemuan kami adalah bahawa keluarga cina mengambil pendidikan secara serius sebagai tunggak dan asas mereka, dan pendidikan merupakan satu cara utama untuk membezakan diri mereka daripada kumpulan etnik lain malah mereka juga menjadikan pendidikan untuk membezakan sesama kumpulan mereka sendiri“,
Amy Chua yang menulis buku Battle Hymn of The Tiger Mother, juga telah mendedahkan bahawa kejayaan berpunca daripada gaya keibubapaan cina yang menggalakkan pencapaian pada kanak-kanak.
Kira-kira 13 daripada 30 ibu bapa cina British ditemui berkata anak-anak mereka juga sedang mendapat pendidikan tambahan. Ini termasuk tuisyen dalam Bahasa Cina dan budaya pada hujung minggu.
Beberapa ibu bapa juga berkata, mereka dibayar untuk bimbingan di luar waktu sekolah.
Diminta untuk menjawab soalan, “Adakah pendidikan penting?“, kesemua 80 pelajar bersetuju. Harapan ibu bapa yang tinggi juga seolah-olah telah menjadi pendorong utama.
Seorang pelajar dilaporkan sebagai berkata, “Ibu bapa saya mengharapkan saya untuk mendapatkan gred yang baik, dan jika saya tidak berbuat demikian, maka mereka akan terus mengomel pada saya untuk melakukan yang lebih baik.. jika saya mendapat B, mereka akan berkata seperti, “Mengapa engkau tidak mendapat A? “
Seorang pelajar dilaporkan sebagai berkata, “Ibu bapa saya mengharapkan saya untuk mendapatkan gred yang baik, dan jika saya tidak berbuat demikian, maka mereka akan terus mengomel pada saya untuk melakukan yang lebih baik.. jika saya mendapat B, mereka akan berkata seperti, “Mengapa engkau tidak mendapat A? “
Kertas kerja yang dibentangkan pada persidangan British Educational Research Association tahun lepas, meliputi prestasi merentasi semua kumpulan etnik, mendapati tiada kaitan antara pendidikan ibu bapa murid-murid cina dan skor GCSE mereka, tidak seperti kanak-kanak daripada semua kaum lain.
Ramesh Kapadia, seorang profesor pelawat di Institute of Education, University College London, yang membentangkan kertas kerja itu, berkata: “Saya rasa dalam masyarakat cina, terdapat amalan yang sangat ditekankan iaitu untuk berkata kepada anak-anak, “Jika anda mahu belajar sesuatu, berlatih dan berlatih dan berlatih lagi dan anda akan menjadi lebih baik”. “ Mudah-mudahan ini dapat membantu untuk memberi motivasi kepada pelajar sehingga mereka boleh nampak hasilnya nanti”.
Sama ada pengalaman cina boleh ditiru masih boleh dipertikaikan. Namun mungkin ramai yang bersetuju bahawa keluarga cina menekankan kerja keras, dan kajian di atas menunjukkan bahawa seseorang itu boleh berjaya jika berusaha dan mempunyai sikap yang betul.
Jessie, yang bapanya bekerja di sebuah restoran segera dan ibunya yang berasal dari Malaysia, bekerja di lapangan terbang Heathrow, telah memperoleh 12 GCSE termasuk enam A* dan dia telah mendapat tawaran untuk bermain muzik di Royal Holloway, London. Dia telah mengikuti sekolah tambahan cina dari umur lima tahun. Dia berkata, ramai keluarga cina berminat untuk anak-anak mereka mengejar kerjaya dalam bidang perubatan, namun dia hanya akan menyambung pelajaran dalam bidang yang diminatinya..