qutrennada.com
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Latest Update
  • Social

 

 

 
Know It All tingkat ilmu pengetahuan kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun
4 Jan 2021

Know It All tingkat ilmu pengetahuan kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun

CYBERJAYA – Greenbag by CIC optimis terhadap sambutan daripada ibu bapa untuk melanggan kit permainan sambil belajar yang baharu diperkenalkan iaitu Know It All kepada anak-anak mereka yang berusia antara tiga hingga tujuh tahun.

Pengurus syarikat, Fazrin Amir berkata, kotak langganan tersebut bakal dilancarkan pada bulan depan dan ia memberi peluang kepada kanak-kanak cilik meningkatkan ilmu pengetahuan am, mempelajari bidang sains dan matematik serta aktiviti berkaitan dengan seni.

“Kami yakin ia akan mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa seiring kejayaan pembelajaran secara online yang telah diamalkan pelajar sejak pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Fazrin menerangkan, kit permainan tersebut memiliki pelbagai bahan pembelajaran yang lengkap dengan aktiviti merangsang minda, tayangan video dan sesi berinteraksi secara langsung dengan guru.

Sesi beriteraksi itu juga me­rangkumi pelbagai aktiviti menarik, antaranya pertunjukan boneka dan kuiz trivia.

Tambah beliau, kotak langganan tersebut dibawa dengan 12 tema dan antaranya When I Grow Up, Down On The Farm, Food & Nutrition dan A Box to the World.

“Setiap tema yang memiliki empat aktiviti setiap bulan itu akan memberi peluang kepada kanak-kanak menghabiskan tugasan sambil dibantu oleh guru secara online.”

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat eksperimen sains seperti letusan gunung berapi, menanam tanaman hidroponik, seni dan lukisan serta menghias kek cawan,” jelas beliau.

Fazrin berharap ibu bapa me­langgan kit permainan tersebut dengan pilihan enam bulan hingga­ 12 bulan.

Katanya, yuran pembayaran bagi 12 bulan sangat berpatutan.

Mengulas lanjut, beliau ber­kata, sekiranya ibu bapa melanggan untuk tempoh setahun bagi kit permainan , ia ditawarkan pada hanya RM69 setiap bulan, manakala untuk tempoh enam bulan langganan, bayaran nya adalah RM88 setiap bulan.

“Bagi mereka yang ingin memiliki hanya sekotak kit permai­nan tersebut, tanpa melanggan 11 kotak aktiviti yang lain maka ibu bapa dikenakan bayaran seba­nyak RM118.

“Kami menjangkakan seba­nyak 1,000 kotak Know It All akan dilanggani pada tahun pertama selepas ia dilancarkan,” terang beliau.

Ditulis oleh KOSMO pada 23 Disember 2020 jam 9:50 am dilaman sesawang https://www.kosmo.com.my/2020/12/23/know-it-all-tingkat-ilmu-pengetahuan-kanak-kanak-berumur-3-hingga-7-tahun/

Abedeen Academy miliki pelajar dari 26 buah negara
4 Jan 2021

Abedeen Academy miliki pelajar dari 26 buah negara

Sembang Korporat

Misi dan harapan pengasas Abedeen Academy, Qutren Nada Ahmad terhadap institusi pendidikan persendirian itu adalah untuk melahirkan pemimpin kelas dunia yang lengkap dengan ilmu akademik, berkemahiran, berdisiplin dan kreatif serta memiliki karakter yang berkualiti.

Beliau yang memiliki pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang pendidikan telah berjaya menaikkan nama Malaysia melalui Abedeen Academy kerana ramai ibu bapa dari negara luar mempercayai dan meyakini sistem pembelajaran akademi tersebut sehingga ada yang sanggup berpindah ke negara ini semata-mata untuk membolehkan anak-anak mereka mendapat ilmu bersepadu.

Melalui kejayaan institusi tersebut menerima Islamic Education Excellence Award di Global Responsibility Business Leadership Award pada tahun 2017, ia telah mengiktiraf usaha beliau dan juga institusi pendidikan berkenaan untuk mencapai objektifnya.

Dalam temu bual bersama Kosmo! di Cyberjaya baru-baru ini, Qutren Nada melihat kecenderungan masyarakat memilih pendidikan persendirian semakin bertambah seiring dengan peningkatan kesedaran dan perubahan gaya hidup yang melihat pentingnya pendidikan bertaraf global kepada anak-anak mereka.

Apakah pencapaian Abedeen Academy sehingga kini sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 2017?
Akademi tersebut terbahagi kepada tiga institusi iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan juga sekolah antarabangsa yang mana setiap institusi tersebut memiliki guru besarnya sendiri di bawah seorang pengetua.

Pada tahun ini, kami memiliki hampir 400 pelajar. Pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan besar seperti International Ge­neral Certificate of Secon­dary Education dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga semakin cemerlang dengan jumlah pelajar memperoleh semua A dalam mata pelajaran turut meningkat. Beberapa pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

Pada tahun kedua setelah beroperasi, Abedeen Academy telah menjadi antara institusi pendidikan di Malaysia yang memiliki paling banyak kewarganegaraan kerana berjaya mengumpulkan pelajar daripada 26 buah negara. Antara negara asal pelajar tersebut ialah AS, Kanada, Perancis, Timur Tengah, Afrika, China, Bangladesh, Maldives dan Indonesia.

Apa faktor ibu bapa khususnya dari luar negara memilih institusi ini?
Di sini kami wujudkan persekitaran yang selesa bersesuaian dengan pelbagai latar belakang, budaya dan warganegara mereka. Kami wujudkan sifat peka dan menghormati perbezaan tersebut dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, mereka tidak akan terkurung dalam budaya mereka sendiri seperti ‘katak di bawah tempurung.’

Di ­samping itu, ada minggu-minggu tertentu, para pelajar dari 26 warganegara ini berkesempatan memper­kenalkan budaya masing-masing termasuk ada yang memakai pakaian kebangsaan serta membawa makanan ke sekolah untuk dikongsi bersama.

Kami berharap, melalui inisiatif ini, apabila mereka balik ke negara asal atau menyambung pelajaran di negara lain, pelajar tersebut de­ngan mudah dapat menyesuaikan diri dengan budaya negara tersebut malah apabila dewasa dan menjadi pe­mimpin negara masing-masing, mereka akan saling be­kerjasama kerana telah membina jalinan kepercayaan antara satu sama lain sejak mereka belajar di Abedeen Academy.

Adakah pelajar ini mengikuti ibu bapa bekerja di Malaysia?
Satu perkara yang membanggakan bagi tenaga pengajar di sini ialah apabila ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka semata-mata belajar di Abedeen Academy kerana mereka berkeyakinan terhadap sistem pembelajaran di sini.

Ada juga ibu bapa yang terpaksa duduk berjauhan yang mana suami be­kerja di negara asal tetapi isteri bersama anaknya berpindah sementara di Malaysia untuk membolehkan anak-anak mereka mendapatkan ilmu pembelajaran yang berkualiti di sini.Malah ada yang datang dari AS dan memilih Abedeen Academy kerana mahukan pendidikan yang cemerlang dan seimbang.

Berapa peratusan pelajar tempatan belajar di sini?
Sebanyak 60 peratus adalah pelajar asing dan bakinya pula adalah pelajar tempatan. Selain silibus antarabangsa atau Cambridge, pelajar di sini juga boleh memilih silibus kebangsaan untuk menduduki pe­periksaan SPM, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Selain pembelajaran utama, apakah program pembelajaran lain yang ditawarkan kepada umum?
Kami juga telah memulakan program prauniversiti iaitu Ontario Secondary School Diploma sebagai kursus persediaan untuk melengkapi diri pelajar atau menggalakkan mereka untuk menyambung pelajaran di pe­ringkat lebih tinggi. Kami juga ada mengadakan usaha sama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Mara, Albukhary International Universiti, Dublin International Foundation College dan Canadian Pre-University Programme.

Selain itu, Pusat Bahasa Abedeen turut menawarkan program untuk HSK Mandarin ­Curriculum, Arabic For Non-Arabic Speakers (AFNAS) dan juga Futr-Us Science Centre yang dikendalikan oleh Jabatan Matematik dan Sains untuk me­ningkatkan pengetahuan para pelajar dalam bidang sains serta menjalankan pelbagai ujian termasuk demonstrasi.

Bagaimana impak pandemik Covid-19 terhadap Abedeen Academy dan apa peranca­ngan pihak sekolah mengatasi masalah tersebut?
Kami juga terkesan khusus­nya dari segi pembayaran yuran kerana ada ibu bapa yang terjejas pendapatan mereka tetapi dari segi sokongan dan pertanyaan daripada mereka terhadap pembelajaran anak-anak khususnya sesi online di rumah adalah sungguh menggalakkan. Malah untuk sekolah antarabangsa, kehadiran pelajar dalam sesi pembelajaran online adalah antara 90 hingga 100 peratus. Para guru juga telah memberi kerjasama yang sangat baik untuk pembelajaran online bersama pelajar di rumah.

Apakah pandangan puan mengenai trend pembelajaran di Malaysia pada masa depan?
Saya melihat ibu bapa kini berminat untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah antarabangsa, mereka telah membuat pilihan terbaik dengan memberikan pelaburan dalam pendidikan dan menghantar anak mereka ke sekolah persendirian dan antarabangsa.

Saya melihat trend ini semakin bertambah sepertimana yang berlaku di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Ibu bapa di sana begitu cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah persendirian. Terdapat permintaan yang tinggi daripada golongan mewah di negara berkenaan terhadap pendidikan persendirian.Trend itu kini semakin mening­kat di Malaysia seiring dengan perubahan gaya hidup rakyat yang semakin maju.

Ditulis oleh KOSMO pada 4 Januari 2021 jam 9:45 am dilaman sesawang https://www.kosmo.com.my/2021/01/04/abedeen-academy-miliki-26-pelajar-dari-26-buah-negara/

CIC berjaya realisasikan sistem pembelajaran secara online
14 Dec 2020

CIC berjaya realisasikan sistem pembelajaran secara online

Sembang Korporat

“Jika berfikir ke arah menjana hasil dan keuntungan, perniagaan berteraskan pendidikan prasekolah bukanlah perniagaan yang terbaik untuk dipilih.

“Tetapi saya memilih bidang ini kerana minat yang sangat mendalam dan kepuasan saya adalah ketika melihat pembangunan kanak-kanak yang mana asalnya dulu datang (ada yang menangis) tetapi sekarang CIC telah mengubah mereka menjadi seorang kanak-kanak yang bijak, bersemangat dan berkeyakinan diri,” demikian menurut Pengasas CIC, Qutren Nada Ahmad dalam satu temu bual di Cyberjaya baru-baru ini.

Usaha berterusan beliau dengan sokongan daripada pelbagai pihak membolehkan CIC yang berusia 23 tahun itu kini menempa pelbagai kejayaan sehingga menjadi antara peneraju dalam industri tersebut.

CIC kini beroperasi di 70 cawangan di seluruh negara dan memiliki purata sehingga 4,000 pelajar berumur enam tahun ke bawah setiap tahun.

Kosmo!: Pandemik Co­vid-19 telah membawa satu pembaharuan besar kepada sektor pendidikan dan pem­belajaran secara online menjadi satu norma baharu bagi pelajar, bagaimana CIC melaksanakan pembelajaran tersebut?

Segalanya berjalan lancar semasa bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke­rana saya telah memberi arahan lebih awal kepada tenaga pengajar untuk bersedia ke arah pembelajaran secara online. Saya maklumkan kepada mereka bahawa sesi pembelajaran tidak boleh berhenti meskipun dalam PKP. Sebenarnya inisiatif untuk membuat sesi pembelajaran secara online telah lama diutarakan kepada para cikgu di sini kerana ia berkaitan dengan kecekapan tetapi ketika itu, mereka tiada tekanan untuk melakukannya. Sekarang mereka di CIC begitu mahir mengendalikan pembelajaran secara online dan saya bersyukur kerana kami memiliki satu kumpulan tenaga pengajar yang kuat dalam bidang ini.

Bagaimana pula sambutan daripada ibu bapa?
Sungguh menggalakkan dan mereka memberi kerjasama yang baik dalam usaha kami sepanjang ini. Saya mahu berkongsi satu testimoni daripada satu keluarga yang telah mendaftarkan anak mereka yang berusia tiga tahun di CIC pada tahun ini, kanak-kanak itu dihantar ke sini semata-mata untuk dia berkawan dan bergembira di sekolah tetapi selepas tiga bulan belajar, PKP dikuatkuasakan dan semua pelajar tidak boleh hadir ke sekolah dan apa yang dibanggakan ialah anak kecil ini telah menunjukkan pembaharuan yang cukup baik dalam kelas onlinenya di rumah. Dia sekarang boleh membaca dan menunjukkan minat untuk belajar. Testimoni positif begini memberi suntikan semangat yang baik buat para cikgu yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam tugasan mereka mengendalikan kelas secara online bersama pelajar masing-masing.

Apa perancangan terba­haru CIC khususnya dalam norma baharu ini?
Kami menawarkan program Young Leaders Distance Ler­ning iaitu pembelajaran secara online yang terbuka kepada pelajar yang jauh khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai cawangan CIC dan bagi mereka yang gemar belajar di rumah tetapi mahu mengikuti program CIC. Ia terdiri daripada program jangka pendek dan juga jangka panjang. Program ini fleksibel dan mudah bagi pelajar mempelajari silibus yang dirangka mengikut umur dan sesuai untuk mereka membiasakan diri sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar.

Setiap tahun CIC ada tema yang berbeza dengan objektif menarik, jadi bagaimana pula dengan tahun 2021?
Kempen untuk tahun depan adalah Higher We Rise, kami telah membuat perancangan awal untuk membolehkan segala­ perancangan ke arah kempen tersebut dapat direalisasikan. Higher We Rise memberi makna bahawa segala ujian dan cabaran yang dihadapi akan kami hadapi bersama dan dapat menga­tasinya ibarat berada dalam satu kapal, kami akan bersama-sama menjaga kapal tersebut meskipun dihempas ombak tetapi ia membuatkan kami kuat berjuang hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Apakah antara aktiviti yang akan dijalankan dalam misi tahun depan?
Antaranya ialah Higher We Rise Dream Corner; CIC Prihatin yang melibatkan program kebajikan bersama warga tua atau golongan yang memerlukan, aktiviti menabung dan bantuan derma; Un-Bee-Liveable Speller adalah pertan­dingan untuk pelajar mempraktik kemahiran mengeja; CIC’s Pocket yang mana ia adalah pertandingan mengenal, me­ngira dan membeli barangan menggunakan duit di kompleks membeli-belah oleh pelajar CIC dan Young Huffaz Competition adalah pertan­dingan hafazan surah dan doa-doa bagi membina jati diri serta­ keyakinan pelajar.

Adakah CIC terkesan de­ngan pandemik Covid-19?
Pada mulanya ramai yang terkejut dengan kesan daripada Covid-19 dan kira-kira dua peratus daripada kumpulan ibu bapa mahu mengeluarkan anak mereka daripada CIC kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen termasuk bayaran yuran dan juga kelas secara online.
Tetapi setelah melihat sendiri kejayaan kami mengendalikan pembelajaran secara online, ia telah meningkat keyakinan mereka­ terhadap usaha kami malah ada juga yang menyokong jika pembelajaran tersebut diterus­kan. Kanak-kanak juga suka dan memberi kerjasama yang baik untuk mengikuti pembelajaran secara online de­ngan baik di rumah.

Setelah berusia 23 tahun CIC berbakti kepada masyarakat, adakah puan berpuas hati dengan pencapaiannya sehingga kini?
Sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat untuk penambahbaikan tetapi saya berpuas hati dengan pencapaian CIC. Antara faktor penyumbang adalah ke­rana saya memiliki tenaga pe­ngajar yang komited, pencapaian dan testimoni positif daripada pasaran. Apa yang saya banggakan adalah apabila melihat CIC hanya daripada sebuah premis kosong dibangunkan menjadi pusat pembelajaran yang lengkap dan cantik. Saya juga sa­ngat berbangga apabila melihat ribuan pelajar keluar dari pusat ini de­ngan ilmu yang lengkap dan berjaya mengubah mereka daripada seorang yang datang dengan air mata ketika sesi pendaftaran tetapi kini begitu berani­ beraksi di atas pentas. Lebih menarik ada juga cikgu yang setia ber­khidmat sehingga sampai ke umur persaraan mereka.

Ditulis oleh KOSMO pada 14 Disember 2020 jam 9:30 am dilaman sesawang https://www.kosmo.com.my/2020/12/14/cic-berjaya-realisasikan-sistem-pembelajaran-secara-online/

12 Feb 2020

Seriously, Stop Trying to Teach Toddlers How to Code (There are other, more important lessons to impart to your preschooler.)

0

As a baby nerd, I was obsessed with Hackers. The 1995 cult movie followed Dade Murphy, who banded together with his fellow computer-savvy outcasts to expose a nefarious embezzlement scheme perpetrated by a rogue hacker at the supercorp Ellingson Mineral. It was the first time that I’d ever seen the message that it was cool to be smart.

The movie holds up surprisingly well: It still makes me want to shout “Hack the Planet!” while sticking it to the Man, and then go Rollerblading around Manhattan. One part does seem a little off, though. When, as an 11-year-old, Dade gets in trouble for a cyberattack that crashes a bunch of computers and tanks the stock market, the court forbids him from using a computer until he turns 18. And his parents uphold the ban!

To do the same in 2019 might come off as child abuse. We’re told there are few skills more important for kids to learn these days than computer literacy—and we’re supposed to take that word, literacy, at face value. Legislators in Maryland and Florida have argued that because programming uses computer languages, learning it should fulfill the foreign-language requirements for graduating high school. Extending this logic, we’re led to believe that the earlier one’s children are exposed to coding, the more fluent they’ll become.

As a gear tester for WIRED’s Gadget Lab, I see that firsthand. I’m bombarded with devices designed to teach coding to ever-younger kids. The Osmo bots, the iRobot Root: These purport to teach those as young as three that moving colors on a screen represent fun actions, like going up a wall or making a drawing.

Having spent the last two years attempting to interest my almost 5-year-old in these toys, I want to tell you: Don’t bother. Coding isn’t a language, it’s a skill. You cannot make your toddler trilingual in English, German, and Scratch.

I can certainly empathize with the anxiety that might make parents push their kids toward coding as early as possible. When the stereotype of a successful coder is a hoodied, 20-year-old brogrammer millionaire, it’s easy to think you’ve done your kid a profound disservice if they can’t make an app by the time they’re 5.

Using toys to teach math and technical skills also makes sense. In the 1960s, MIT mathematician and computer scientist Seymour Papert reasoned that he could pique children’s interest in geometry in a play environment. So he designed Logo, a kid-friendly programming language that kids could use to program a turtle robot to draw beautiful recursive designs. The Artie 3000, a drawing robot which I tried with my daughter, is a direct descendant of the turtle.

But you really don’t have to teach your kid to code before they can even read. Yes, code sometimes consists of text, but it doesn’t function as what linguists call “a natural language.”

Not only do natural languages state facts, they also express how we understand the world, our feelings and desires, and how we think of ourselves as people. When you tell your toddler not to throw that ball, you’re teaching them thousands of things about how to be part of a society—not only the imperative verb form, but that you can’t throw balls at people’s faces, that balls move fast when you move your arm like that, and what a voice sounds like when you’re about to get in big, big trouble. Computer code just doesn’t work that way. You can’t issue a command in C++ to your toddler and have them spit the appropriate output back.

Which isn’t to say that coding isn’t useful. But it’s pretty easy to pick up when you’re older, while fiddling with an insult generator during high school, or fixing a small bug at your day job. Many coding boot camps were founded on the explicit promise that you can teach the basics to people at any age.

As software developer Jeff Atwood explained in an influential 2012 blog post, “Programming is important … in the right context, for some people. But so are a lot of skills. I would no more urge everyone to learn programming than I would urge everyone to learn plumbing.”

Whenever I get another preschool coding bot, I think of Atwood’s advice—and also of a documentary I saw about the horse trainer Buck Brannaman. In that film, Brannaman says his foster father taught him an important life lesson: As long as he could shoe a horse, he’d be able to feed his family. Coding may be today’s shoeing horses—a skill that’s currently in demand, which may keep you clothed and fed. But even in Montana in the 1960s, you’d look pretty silly if you tried to force a tiny shoe hammer into your infant’s clenched fist.

There are some simpler ways to help your preschoolers grow up into good coders. First, teach them to be independent and decent human beings. Let your children pursue their own interests, struggle with their own problems, and devise their own solutions. Dade Murphy didn’t crash computers because his parents told him to; he crashed them because he wanted to.

Teach them also the importance of collaboration. The days of brilliant, lone hackers are over. Many software developers now work in large teams, which requires empathy and respect for many different kinds of people. Tell your toddlers that we can all learn from each other. Show them that they don’t act in a vacuum—that the things they do, and the words they say, have real consequences for themselves and others.

Finally, teach them patience in the face of increasingly intolerable frustration. The single-minded focus that your toddler brings to balancing a square stick on a round log can be applied to scrolling through thousands of lines of code, looking for a single syntax error. That is how you learn to hack the planet. Or maybe just make it a little better.

References

So, A. (2019). Seriously, Stop Trying to Teach Toddlers How to Code. [online] Wired. Available at: https://www.wired.com/story/for-heavens-sake-stop-teaching-toddlers-how-to-code/ [Accessed 12 Feb. 2020].

How to Identify Good Teachers from Bad Ones
5 Jul 2018

How to Identify Good Teachers from Bad Ones

0

It is so sad over the tragic death of Adam Rayqal in the hands of the baby sitter, all I could think is either a negligence or an abuse case. I am not commenting on that case but my 20 years experience working with preschool teachers who are indirectly the child minders, could help us identifying good teachers from bad ones.

The key is to see how they prepare for their job. If they prepare early and do their homework well like preparing the lesson plans, teaching tools and organising their things, the teachers will find that handling children is a pleasure and the children will excel at learning. The same with baby sitters, we as parents should be able to see their preparations each day.

Preparation will make the teachers or the child minders ready for the job and they will not be stressful easily which if they become stressful, they can commit bad behaviour and can be harmful to the children.

For babysit, check also whether they have the equipments to assist them in doing their best, for example baby cots and the toys for the toddlers. The equipments also must be arranged at the right place for efficiency. The timetable and suitable activities arranged also important to keep the toddlers busy and will have an enjoyable and productive day..

If the baby sitters do not prepare, they will become tired easily, especially if they handle multiple toddlers. They will force the toddlers to sleep all the time and will act harshly towards the toddlers.

If parents send their children to taska or tadika, they must choose a professional administrator, or effective management. And make sure parents will work closely with the management and support them. Because the management will act on behalf of the parents and it is not easy to rule and manage the child minders and the teachers with many background.

In my experience, sometimes we found that the parents do not support the management and tend not to support the management in case there is an issue between the management and the child minder. Always remember that effective management will act on behalf of the parents, if they rule, it is for the benefit of the children, however not necessarily in favour of the child minders and the parents themselves.

We pray the goodness for all, with everybody playing their role at the best, nothing bad will happen insyaAllah. Bismillah, in the name of Allah, together we develop our next generation.

Chinese tourists were asked to leave the Japanese restaurant for having poor eating attitude?
5 Jul 2018

Chinese tourists were asked to leave the Japanese restaurant for having poor eating attitude?

0

Few days back did you hear about the chinese tourists (from China) were asked to leave the Japanese restaurant for having poor eating attitude?

The women throw the peeled shells onto the floor, and pile up bones and rubbish on the table. According to the report, they had also stayed at their table beyond the limit of 90 minutes for the restaurant’s buffet service despite being reminded several times by staff that it was time to leave.

However this situation seems very common in Malaysia too.

On our Hari Raya festival, where we Malaysians would have Open House and makan-makan together, how would we expect Malaysians behave?

Last few nights I was invited for Iftar at a friend’s house. He invited many other friends and neighbours that it became quite a big event. Like usual I saw people just left the tables with many plates and bowls with so much mess and food waste without the awareness to help at least by throwing their own mess into the garbage bag.

We Malaysians used to eat outside at stalls and mamak restaurants where there are helpers to clean the table, so we behave the same when we are the guests of a kenduri??

Please, even it is the restaurant we pay, we Malays must behave well and lead by example and show good table manners ourselves. Our children will copy our behaviour or do we want in future our children becoming like the China’s tourists being chased out from the restaurant for having bad eating behaviour??

When people invite us for open house or kenduri, we need to focus more on establishing relationship, but not eating like we are starving and leave the table with mess like “monyet dapat bunga”

Another issue is on the damage that we do to the world when we widely serve using the plastic plates and utensils. Today Europe is proposing a ban on single-use plastic items such as cutlery, straws and cotton buds in a bid to clean up the oceans.

But can we imagine in Malaysia, how can we ban the plastics plates while the eaters are just do not want to help to clean their own mess?

The Secret of Successful Marriage
5 Jul 2018

The Secret of Successful Marriage

0

One of the important factor to be happy in this world and hereafter is to have successful marriage. First to have a successful marriage, we must be clear on the purpose of marriage. Ask ourself for what reason we are getting married. Nowadays, happy marriages are declining because many couples cannot appreciate the true meaning of marriage.

Because sometimes they marry for wrong reasons. Some people want to get marry just to fulfill the physical desire. Physical desire cannot be the only reason for marriage. Some people get married to showcasing for the admiration of the people, some marrying the rich with the goal to remove their financial burden. Some get married to get the imigration status, to get the citizenship. Very few get married because of the purpose as Allah mentions in the Quran.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ Ar Rum.21

And as of His Signs, He created mates for you from your souls that you may find rest in them. And He put between you love and mercy (compassion). Most surely there are Signs (proofs) in this for a people who reflect (reckon).

One should be ready mentally, spritually not physically only for marriage. Physical fulfillment is not the prime reason why Allah creates marriage and family for us. We need a soulmate from the opposite gender, (not from the same gender) who will continue the journey of life with us. Who can be our other half, who can integrate and complement us and be the true partner or true soul mate, true friend to help us, accompanying us for the rest of life to fulfill the purpose of creation.

So dearest young ladies and young men, make sure you have the right reason for marrying and if someone propose you for marriage, check their intention, you also need to be clear of your own intention, so that both of you do not fall in the pit of wrong marriage..

Remaja mati dicekik teman lelaki
5 Jul 2018

Remaja mati dicekik teman lelaki

0

Hari ni kita baca berita remaja lelaki berumur 19 tahun cekik bekas teman wanita sampai mati di Port Dickson. Hari yang sama juga di Terengganu, seorang remaja ditangkap sebab mengugut untuk membunuh kekasihnya..

Huh.. sayang sekali, mereka masih muda belia, dah jadi mangsa iblis. Wal iya zubillah. Mohon Allah pelihara kita semua daripada tipudaya syaitan.

Sebenarnya syaitan hanya boleh menyesatkan kita sekiranya kita nak ikut dia. Jika dari awal kita tak nak ikut, dia tak boleh buat apa-apa kepada kita..

Oleh itu kecil ke besar ke sesuatu dosa itu, kita jangan ada niat nak buat. Sebab jika kita buat itu maksudnya kita mula engkar kepada Allah dan tidak kisah jika Allah murka. Jangan sesekali mulakan langkah kita kepada jalan syaitan.

Saya nak kongsi cerita seorang anggota polis di Turki. Pangkatnya besar. Dia seorang yang baik dan amanah. Satu hari dia terlibat untuk menangkap seorang penari yang membunuh orang. Oleh kerana dia kasihankan penari tersebut dan jatuh hati kepadanya, dia telah menipu bukti kes tersebut dan menyelamatkan penari tersebut yang kemudiannya dinikahi sebagai isteri kedua secara senyap-senyap.

Wangnya mula tidak mencukupi untuk menyara keluarga baru. Tambahan pula penari tersebut mahu sentiasa kelihatan cantik dan bergaya dan meminta duit yang banyak daripada polis tadi untuk menyara kehidupannya yang bergaya dan mewah. Bukan itu sahaja, gaya kehidupan penari tersebut tidak sihat dan bergaul dengan orang-orang liar. Polis tersebut mula mengambil kerja-kerja tambahan. Termasuk lah mula mengambil rasuah.

Satu hari disebabkan tertarik dengan upah yang besar, dia membunuh seorang ahli perniagaan yang membuat perniagaan haram. Disebabkan dia juga seorang polis, dia mampu menutup bukti kes seperti yg dilakukan kepada penari yang menjadi isterinya itu.

Namun pembunuhan yang dilakukannya itu dilihat oleh iparnya. Kerana takut rahsianya terbongkar, dia terpaksa membunuh iparnya.
Selepas itu dia terpaksa membunuh kawan-kawan polisnya juga yang terlibat dalam siasatan kes tersebut kerana mereka mula menjumpai bukti-buktinya.

Dipendekkan cerita, dia terpaksa membunuh ramai orang kerana khuatir rahsianya terbongkar. Akhirnya mafia yang mengupahnya untuk membunuh juga turut menggunakan kelemahan itu untuk menggugutnya untuk menjadi talibarut mafia di dalam balai polis. Dia bersekongkol dengan mafia dan terus membantu mafia menutup bahan bukti yang ada di dalam siasatan polis. Kejahatannya berganda-ganda.

Walaupun di sudut hati kecilnya dia rasa bersalah, tetapi dia terus melakukan kesalahan demi menutup kesalahan lalu dan khuatir kejahatannya diketahui ramai. Dia tak dapat diselamatkan lagi…

Jika dia ada sedikit keimanan dan sesal, dia mungkin akan ditangkap dan dihukum sewajarnya dan mudah-mudahan dia bertaubat. Jika dia tidak ada keimanan dan tidak sesal, maka Allah akan membiarkan kejahatannya berterusan sehinggalah dia mati dalam lautan kejahatan dan kufur.

Begitu lah syaitan merosakkan anak Adam. Oleh itu jauhi lah langkah-langkah syaitan. Jangan mula walaupun selangkah!

P/S Gambar hiasan sahaja.. Dan orang Turki tadi pun hanyalah diambil daripada cerita Turki.. ha ha ha, tetapi peristiwa tersebut memang benar-benar berlaku kepada manusia..

Mohon Ampun kepada Allah dan semoga Allah sentiasa memelihara kita dan memberikan pengampunan kepada kita.

 

An Appreciation Message For My Beloved Prime Minister
12 May 2018

An Appreciation Message For My Beloved Prime Minister

0

Today, while waiting for the bus near my house in London, I saw a group of elderly around their 80s laughing and enjoying their time together whilst their two caregivers keep an eye on them. My heart suddenly felt so heavy. They reminded me of our 7th respectable Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad who is 93 years old and is still fighting for Malaysia. While these elderly are relying on their caregivers to take a good care of them, we 31 millions of people are still depending on one and only 93 years old’s shoulder. A legend who should enjoy his last moments in life instead is fighting for our country. I’m so amazed at his dedication and passion to make Malaysia great again!

When my siblings and I were still young, my mom consistently told all of us of what a great man he is. Every time when we were being naughty and making ‘mistakes’ my mom will always say this ‘macam mana nak jadi macam Tun Mahathir!’, with her cold face. To cut a long story short, everything nice lah Tun Mahathir. The funny thing is we as a family will always spend our free time wandering around his residence in Cyberjaya, just to see if he’s there or not, my mum even jokingly (or maybe she is serious Idk) wanted to buy the land next to Tun Mahathir’s house just to become his neighbour. While me who was still young and only ‘know’ him through my parents’ stories and history books, felt nothing special about this aged man, until recently.

Tun Mahathir is now my beloved Prime Minister, this is the first time I feel so proud and somehow protective of my Prime Minister(?). Listening to his speeches makes me admire him a little too much. This 19-year-old girl is actually so embarrassed thinking of all this while, she always says ”I’m tired” though she didn’t even do half of the thing this astonishing man does. This man inspired me to be more eager, determined and committed to whatever I do! I now believe that Tun Mahathir is a living legend with an innovative mind that should be an exemplar for the youths today. Moreover, he had proven that knowledge is superior to money and essential in life. In the end, It is better to be looked up to as a “knowledgeable person” rather than a “rich person”. Therefore earning knowledge should be at the top of anybody’s priorities’. There are a lot more things I wanted to say about this inspirational man, but I’m getting emotional now😂.

I hope we as Malaysians could learn a lot of things from this legendary man. Let us all together regardless of our races or beliefs build a brighter future for Malaysia and this world!

Lots of love,
Zeynab❤

Syndrom Beragama
12 May 2018

Syndrom Beragama

0

Saya lahir dalam keluarga yang beragama dan sentiasa mengambil berat dalam mengamalkan ajaran Islam. Dari nenek moyang pak haji mak aji, tok guru dan ibubapa yang berkelulusan universiti tertua di dunia, Universiti AlAzhar sewaktu ramai ketika itu yang belum ada kesedaran beragama.

Datuk sebelah ibu saya membesar di Tanah Suci Mekah ketika zaman Malaya lagi. Datuk sebelah bapa saya merupakan guru Al Quran dan juga berwibawa di dalam masyarakat di mana dia mendapat kepercayaan mereka untuk mentadbir sebuah “tabung” untuk penduduk setempat menabung bagi tujuan untuk ke Mekah. Datuk saya melabur di dalam perniagaan-perniagaan India muslim (zaman dulu orang melayu belum berniaga) dan memberikan keuntungan pelaburan kepada penabung sehingga mereka mampu menunaikan haji di Mekah. Datuk sebelah bapa saya dikenali sebagai Haji Abdullah Tuke. Tuke merupakan gelaran yang bererti Tabung. Ya. Seperti Tabung Haji. Dan Datuk saya melakukannya sebelum merdeka sebelum wujudnya Tabung Haji lagi..

Itu lah serba sedikit latar belakang keluarga saya. Saya mendapat pendidikan menengah di sekolah agama premier iaitu Maktab Mahmud dan menyambung pelajaran di UIAM dalam bidang Ekonomi.

Jadi tidak hairanlah jika saya dikelilingi oleh keluarga dan rakan taulan yang “so called religious”.

Oleh kerana saya merupakan sebahagian dari mereka, saya faham sangat bagaimana “these so called religious persons” berfikir.

“Kita mahukan agama. Dan meletakkan agama di atas segala-galanya. Kita menyanjung tinggi ulama kerana mereka pewaris Nabi. Kita percaya ketakwaan kita dan niat jihad kita akan mendapat ganjaran dan tempat paling kanan di sisi Allah. Kita menutup aurat dan suci persis wanita-wanita syurga. Kita percaya kita paling sedikit berbuat dosa dan kita juga paling berilmu agama dan harus tunjuk ajar orang lain yang kebanyakannya jahil dan banyak dosa berbanding kita. Kita mahukan Islam tertegak di muka bumi. Setelah ketiadaan Nabi, kita yang beragama dan ulama ini sebenarnya adalah wakil Tuhan di muka bumi. Sesiapa sahaja yang tidak bersama kita harus ditentang. Kerana mereka itu musuh Allah. Mereka tidak beragama seperti kita” “We are holier than them” “we are Islamic and they are secular”

Semua ini adalah kepercayaan kita yang religius.

Tetapi hari ini saya hendak huraikan kenapa kita harus BEBASKAN diri kita dari berfikiran seperti itu.

Pertama kerana inilah hasutan IBLIS (auzubillahi minas syaitani rrajim). Syndrom aku lebih baik dan lebih religius sebenarnya akan membawa kita lebih jauh dari Allah seperti Iblis.

Kedua kerana kita bukan wakil Tuhan di muka bumi. Allah tak lantik kita. Kita juga bukan ulama yang Allah maksudkan pewaris Nabi. Mungkin kita bersekolah dan graduan dalam bidang agama tetapi ilmu tersebut masih tidak cukup untuk kita mengetahui semua rahsia Allah yang tersembunyi, tidak mampu mengetahui hikmah Ilahi dan hakikat syariat. Masih banyak ayat AlQuran yang kita tidak mengetahui asbab nuzul mahupun maksud yang tersirat. Beribu hadis yang kita masih tidak hadam walaupun kita miliki PhD dalam ilmu Hadis.

Mungkin kita yakin ilmu tafsir dan hadis kita paling tinggi, tetapi soalnya adakah ulama pewaris Nabi itu benar-benar kita? Betapa jauhnya kedudukan Nabi berbanding kita. Dia yang diangkat ke langit di dalam peristiwa Israk Mi’raj, dia yang mendapat wahyu dan melihat malaikat, dia yang dianugerahkan mukjizat. Dia pewaris Nabi-Nabi sebelumnya dan terpelihara daripada segala dosa, akhlaknya Al Quran, memahami kehendak Allah di dalam segala ayat AlQuran dan isinya, mengetahui Alam Ghaib dan alam akhirat.

Jauhnya kebesaran Nabi dari kita! Mana mungkin kita percaya kita pewaris Nabi semata-mata atas rasa beragama dalam diri dan laungan aku nak agama! agama! Dengan itu kita sudah beragama dan menjadi pewaris Nabi dan kita harus membetulkan semua orang di sekeliling kita?

Kita, kita sapa? Orang mungkin panggil kita Ustaz Ustazah, tok guru, syeikhul Islam atau Tok Mufti.. tapi itu hanyalah “pakaian” atau “topi” atau “serban” atau niqab yang kita pakai… kita pakaikan kepada diri kita dan membuatkan diri sendiri dan pengikut kita percaya bahawa kita lah wakil Tuhan di muka bumi. Itu lah tipu daya syaitan terhadap kita. Tidak lah orang lain yang rugi melainkan diri kita sendiri.

Ketiga. Kepimpinan ulama? Dalam sejarah Islam, banyak kerajaan Islam selepas Nabi.. Khulafa ArRashidin, Uthmaniah, Abbasiyah, Fatimiyah, Uthmaniyah Turki dan macam-macam lagi.. Yang mana kita nak ikut? Pastinya Khulafa ArRashidin? Nanti dulu.
Zaman khulafa merupakan tempoh yang terlalu singkat dan juga banyak konflik dalaman sesama sahabat yang berbunuhan tidak cukup untuk dijadikan model untuk kerajaan modern berasaskan sistem demokrasi yang complicated seperti hari ini.

Keempat. Akal. Sebesar-besar anugerah yang Allah bagi kepada kita ialah akal. Allah yang Maha adil hantarkan kepada kita Nabi untuk menunjukkan jalan yang benar kepada kita sebelum Allah menghukumi kita di akhirat kelak. Setelah ketiadaan Nabi, sebesar-besar anugerah ialah akal. “Akal ialah Nabi dalam diri kita”. Allah bagi akal untuk kita guna agar hujah akal ini akan memandu tindakan kita. Allah akan tanya kita kelak bagaimana kita menggunakan akal kita dalam memahami ilmu dan bertindak. Akal fikiran kita mampu membezakan yang baik dan buruk. Gunakan akal fikiran kita dalam setiap urusan dunia dan akhirat kita. Gunakan akal untuk mencari ilmu untuk menjalani kehidupan kita. Ilmu hanya akan berguna jika kita menggunakan akal. Jadi dalam beragama, kita juga harus menggunakan akal. Jangan hanya bermodalkan laungan agama atau pakaian agama yang kita pakaikan kepada diri sendiri, kita merasakan kita lebih beragama dari orang lain..

Bebaskan diri dari kepercayaan sebegitu nescaya fikiran kita akan menjadi lebih cerah dan nampak jalan yang lebih lurus untuk kita melangkah..

-QUTREN NADA AHMAD-