qutrennada.com
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Latest Update
  • Social
Know It All tingkat ilmu pengetahuan kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun
4 Jan 2021

Know It All tingkat ilmu pengetahuan kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun

CYBERJAYA – Greenbag by CIC optimis terhadap sambutan daripada ibu bapa untuk melanggan kit permainan sambil belajar yang baharu diperkenalkan iaitu Know It All kepada anak-anak mereka yang berusia antara tiga hingga tujuh tahun.

Pengurus syarikat, Fazrin Amir berkata, kotak langganan tersebut bakal dilancarkan pada bulan depan dan ia memberi peluang kepada kanak-kanak cilik meningkatkan ilmu pengetahuan am, mempelajari bidang sains dan matematik serta aktiviti berkaitan dengan seni.

“Kami yakin ia akan mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa seiring kejayaan pembelajaran secara online yang telah diamalkan pelajar sejak pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Fazrin menerangkan, kit permainan tersebut memiliki pelbagai bahan pembelajaran yang lengkap dengan aktiviti merangsang minda, tayangan video dan sesi berinteraksi secara langsung dengan guru.

Sesi beriteraksi itu juga me­rangkumi pelbagai aktiviti menarik, antaranya pertunjukan boneka dan kuiz trivia.

Tambah beliau, kotak langganan tersebut dibawa dengan 12 tema dan antaranya When I Grow Up, Down On The Farm, Food & Nutrition dan A Box to the World.

“Setiap tema yang memiliki empat aktiviti setiap bulan itu akan memberi peluang kepada kanak-kanak menghabiskan tugasan sambil dibantu oleh guru secara online.”

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat eksperimen sains seperti letusan gunung berapi, menanam tanaman hidroponik, seni dan lukisan serta menghias kek cawan,” jelas beliau.

Fazrin berharap ibu bapa me­langgan kit permainan tersebut dengan pilihan enam bulan hingga­ 12 bulan.

Katanya, yuran pembayaran bagi 12 bulan sangat berpatutan.

Mengulas lanjut, beliau ber­kata, sekiranya ibu bapa melanggan untuk tempoh setahun bagi kit permainan , ia ditawarkan pada hanya RM69 setiap bulan, manakala untuk tempoh enam bulan langganan, bayaran nya adalah RM88 setiap bulan.

“Bagi mereka yang ingin memiliki hanya sekotak kit permai­nan tersebut, tanpa melanggan 11 kotak aktiviti yang lain maka ibu bapa dikenakan bayaran seba­nyak RM118.

“Kami menjangkakan seba­nyak 1,000 kotak Know It All akan dilanggani pada tahun pertama selepas ia dilancarkan,” terang beliau.

Ditulis oleh KOSMO pada 23 Disember 2020 jam 9:50 am dilaman sesawang https://www.kosmo.com.my/2020/12/23/know-it-all-tingkat-ilmu-pengetahuan-kanak-kanak-berumur-3-hingga-7-tahun/

Abedeen Academy miliki pelajar dari 26 buah negara

Related Posts

Editorial

Abedeen Academy miliki pelajar dari 26 buah negara

Editorial

CIC berjaya realisasikan sistem pembelajaran secara online

Editorial

Seriously, Stop Trying to Teach Toddlers How to Code (There are other, more important lessons to impart to your preschooler.)