Kanak-kanak Autisme Berusia 8 Tahun Mempunyai IQ Lebih Tinggi Daripada Einstein dan Berjaya Melengkapkan 2 Ijazah Kejuruteraan

Adhara Pérez Sánchez, merupakan kanak-kanak berusia lapan tahun yang berasal daripada Mexico. Beliau mempunyai IQ 162 iaitu lebih tinggi daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking. Beliau kini sedang menyambung Ijazah kejututeraan dan matematik di Universidad CNCI, sebuah universiti di Mexico.
Pada usia tiga tahun, Adhara didiagnosis menghidap Autisme. Pada usia empat tahun pula, beliau mengalami sawan yang hampir menyebabkannya koma. Namun begitu, penyakit tersebut bukanlah penghalang untuk beliau mencapai cita-citanya sebagai angkawasan. Seperti Stephen Hawking, beliau beranggapan bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk individu berjaya dan terus maju kehadapan.
Oleh itu, beliau kini sedang berusaha menghasilkan alat untuk membantu kanak-kanak yang menghidap autisme. Beliau ingin mencipta gelang yang mampu mengukur emosi kanak-kanak agar ibu bapa mampu mengenalpasti emosi anak-anak mereka melalui telefon, tablet atau komputer. Selain itu, beliau juga berhasrat untuk menerbitkan buku dan menyimpan cita-cita untuk bekerja di NASA pada masa akan datang.
“Do not give up, and if you don’t like where you are, start planning where you want to be.” Itulah nasihat dan dorongan yang dikongsi oleh beliau untuk sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu agar dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

diambil daripada
https://www.nbcsandiego.com/news/local/to-change-the-world-girl-8-has-an-iq-of-162-hopes-to-become-astronaut/2279752/ dan https://www.goalcast.com/2021/01/23/adhara-perez-sanchez-8-year-old-autistic-iq-higher-einstein-hawking/